Jenis senarai mel Senarai_mel_elektronik

Satu jenis senarai mel elektrik ialah senarai pengumuman, yang mempunyai ramai ahli tetapi hanya boleh dipos oleh beberapa orang sahaja. Konsepnya sama dengan surat berita.

Namun bentuk paling popular ialah senarai perbincangan. Berdasarkan topik perbincangan pula, senarai mel ada berbagai-bagai. Ada senarai mel umum, ada senarai mel yang membahas bidang ilmu tertentu (contohnya Teknologi Maklumat), ada senarai yang membahas masalah agama, dan sebagainya. Semua ahli boleh mengepos dalam senarai mel jenis ini.